Bagaimana Menambah Friend FB yang Berpotensi?

TAMBAH FRIEND YANG BERPOTENSI (TARGETED)

‘Add’ Friends yang targeted bermaksud kita jadikan individu yang berpotensi untuk menjadi pembeli sahaja, ataupun kenalan-kenalan usahawan yang boleh dijadikan ‘network’ kepada perniagaan kita.

Langkah 1: Sertai Group yang berkaitan dengan topik yang difokuskan (niche).

Langkah 2:

a. Add individu yang aktif di Group tadi, terutama mereka yang aktif.

b. Pastikan kualiti. Luangkan sedikit masa untuk melihat profile (info) mereka.

Pastikan ‘add’ mereka yang boleh menjadi pembeli. Bukannya pesaing yang akan melawan kita kembali.

Jika ‘add’ 5 orang sehari, sebulan sudah dapat 150 orang. Yang penting perlu ada target sehari / sebulan. Lakukan dengan konsisten.

Penting!

Sebelum memulakan proses ‘add Friends’:

1. Kemaskan dahulu bahagian Profile (Info) FB kita agar ‘first impression’ mereka tahu dan mula mengenali kita. Dikatakan, profile yang tidak lengkap lebih mudah di’sekat’ oleh pihak FB.

2. Bahagian wall & foto telah diisi dengan perkongsian-perkongsian yang menarik dan berguna.

3. Gunakan gambar profile yang sebenar ataupun menggambarkan kita adalah manusia.

4. Gunakan nama yang betul dan sempurna.

5. Seeloknya ‘add’ Friends dengan kadar sederhana dan tidak dalam kadar yang cepat untuk elakkan akaun disekat oleh pihak FB.

Comments 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *