Ingin Mengelak Akaun Facebook ditutup? Ini Caranya…

Akaun Facebook anda ditutup? Apabila Page bisnes atau personal kita ‘ditutup’ oleh pihak Facebook, kita tidak perlu risau jika kita tidak melakukan apa-apa kesalahan atau melanggar peraturan mereka. Kita boleh berusaha untuk mengembalikannya semula.

Lihat pihak FB sebagai kawan, bukan lawan. Mereka lakukan tanggungjawab mereka dan kita ada peranan kita. FB juga diurus oleh manusia dan kita berurusanlah dengan mereka seperti mana kita berurusan sehari-hari dengan manusia lain.

Antara cara untuk mengelak akaun FB ataupun Page kita ditutup adalah:

  • Tulis yang baik-baik di FB.
  • Jangan kongsikan ‘link’ yang tidak disenangi ramai.
  • Jangan klik link yang meragukan.
  • JANGAN SPAM (iklan di wall orang lain, pm dan lain-lain).
  • Ikut peraturan yang ditetapkan oleh pihak FB.
  • Komen yang baik-baik di post orang lain.
  • Jangan pm iklan kepada orang lain tanpa mereka memintanya.
  • JANGAN upload video hak milik orang lain.
  • Jangan copy & paste tulisan orang lain.
  • Jangan¬†tag orang lain sesuka hati terutama dalam menjual.
  • Gunakan FB Page untuk perniagaan.

Kita tidak boleh marahkan Facebook apabila kita memang bersalah.

Rujuk maklumat yang disediakan oleh Facebook seperti berikut: Polisi / Terma & Syarat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *