Tiada Domain Name, Anda Rugi

ADAKAH BISNES ANDA SUDAH MEMPUNYAI DOMAIN NAME? JIKA BELUM, ANDA SEDANG BERADA DALAM KERUGIAN.

+ Contoh nama domain adalah seperti mzulfadli.com. Nama domain mempunyai banyak ‘extension’ seperti .com, .net, .biz, .org, .info, .my, .com.my dan banyak lagi.

+ Anda tidak perlu faham apa itu domain name dari segi teknikal dan bagaimana ia berfungsi. Cukup sahaja faham ia adalah ‘alamat’ kepada website anda. Orang taip domain itu di browser, website perniagaan anda akan dipaparkan.

+ Domain name apabila didaftar, ia adalah hak anda sepenuhnya selagi ia dalam tempoh aktif. Tiada sesiapa boleh menukar milik domain itu kepada pihak lain.

+ Domain name boleh didaftarkan dengan minimum 1 tahun dan maksimum 10 tahun. Anda perlu renew sebelum ia expired. Untuk mudah faham, ia sama seperti nama perniagaan yang anda daftarkan di SSM. Ada tempoh aktif dan ada tarikh tamatnya. Selagi ia aktif, ia adalah hak anda.

+ Orang lain berhak menggunakan nama yang sama dengan extension yang berbeza. Contohnya nama domain anda inisayapunya.com, orang lain daftar domain inisayapunya.net. Bezanya adalah .COM dan .NET. Tiada sesiapa dapat menghalang melainkan nama anda itu adalah jenama yang dilindungi oleh undang-undang harta intelek (Trademark) ataupun ia adalah perkataan/nama yang dilindungi oleh undang-undang. Selagi kita tiada hak (Trademark) terhadap sesuatu jenama, selagi itu sesiapa pun boleh guna dan daftar.

+ Jika belum mahu bina website untuk bisnes, sekurang-kurangnya daftar domain name secepat mungkin terutama untuk jenama yang telah dibina. Penat-penat kita buat iklan dan beribu-ribu duit habis dilaburkan, orang lain daftar nama itu sebagai domain name.

+ Mendaftar domain name serendah RM45 sahaja untuk tempoh aktif setahun.

+ Mendaftar domain name tidak memerlukan kita terus buat website.

+ Membeli domain ini sepatutnya dilakukan pada fasa awal sesuatu jenama telah diputuskan untuk digunakan. Begitu juga proses melakukan Trademark terhadap jenama, juga sebaiknya dilakukan pada fasa awal sebelum jenama itu dikomersilkan.

+ Semasa proses pencarian dan penetapan jenama, proses menyemak nama domain juga wajib dilakukan agar jenama agar jenama yang dipilih itu belum digunakan oleh orang lain.

+ Utamakan domain yang berakhir dengan dotcom (.com) kerana ia lebih dikenali dan diingati oleh pengguna Internet.

+ Bagi orang Malaysia, boleh daftar juga domain yang berakhir dengan .my ataupun .com.my. Ia sama sahaja dengan .com cuma yang berakhir dengan .my sesuai untuk market Malaysia.

+ Domain name bukan sekadar untuk jenama, tetapi apa jua nama yang sesuai untuk digunakan bagi web perniagaan kita.

+ Semakin hari semakin sukar untuk mendaftarkan domain name yang pendek, mudah dan cantik. Di peringkat antarabangsa, domain name sahaja boleh dijual dengan nilai jutaan ringgit. Orang sanggup membelinya kerana ia ada nilai.

+ Di Malaysia, kita masih jauh di belakang. Belum sampai ke tahap itu. Jadi sebelum tahap itu sampai, kita perlu bersedia dari sekarang.

+ Satu lagi nama yang penting adalah nama syarikat ataupun perniagaan yang anda daftarkan di SSM. Nama ini juga perlu didaftarkan dalam bentuk domain name.

… Banyak lagi untuk ditulis.

Anda jangan takut membaca dan memahami ilmu-ilmu baru sebegini. Ia amat berbaloi. Belajar dan baca sedikit demi sedikit. Saya sendiri pun mengambil masa 1 – 3 tahun untuk mahir dalam hal-hal sebegini bermula tahun 2005.

Disebabkan minat, saya menjadi agen jualan domain + hosting pada tahun 2005 / 2006. Kemudian saya menjadi agen affiliate kepada sebuah syarikat penyedia domain name & hosting dengan membawa lebih daripada 600 orang pelanggan kepada mereka.

Mengenai ‘domain name’ saja boleh tulis berpuluh-puluh muka surat. Tapi saya akan kongsikan sedikit demi sedikit.

+++++++
Saya berpengalaman mendaftarkan nama domain untuk usahawan, blogger, organisasi, syarikat, pensyarah, persatuan dan perniagaan sejak tahun 2012. Hubungi saya melalui PM Page ini untuk sebarang pertanyaan. Saya akan jawab tanpa sebarang caj.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *