19 Kelebihan Menggunakan Website untuk Perniagaan!

KELEBIHAN MENGGUNAKAN WEBSITE DALAM MENJUAL SECARA ONLINE

Kelebihan kepada pelanggan:

  1. Kiraan jumlah harga secara automatik.
  2. Cepat membuat pembelian / tempahan.
  3. Maklumat lebih ‘detail’.
  4. Ketepatan dalam berurusniaga. Boleh mencapai “zero” kesilapan.
  5. Boleh lihat kembali rekod pembelian yang lepas.
  6. Mudah untuk membuat aduan. Hanya gunakan no. order sahaja.

Kelebihan kepada peniaga / usahawan / penjual / perniagaan:

  1. Sebahagian kerja boleh diautomasikan.
  2. Tidak memerlukan staf / tenaga kerja yang ramai.
  3. Boleh mengetahui jumlah jualan spesifik dengan beberapa klik sahaja.
  4. Boleh mendapatkan rekod pembelian seseorang pembeli dengan cepat.
  5. Jika produk digital seperti ebook, ia boleh diautomasikan sepenuhnya.
  6. Semua maklumat ada di website termasuk FAQ (soalan lazim). Website online 24 jam sehari dan 7 hari seminggu. Ia umpama “salesman” online. Bayangkan kita sedang tidur, urusan jualan masih berjalan sendiri.
  7. Pengurusan pelanggan akan lebih terurus.
  8. Resit / invois akan dijana secara automatik.
  9. Boleh guna fungsi retargeting FB Ads dan Google Adwords.
  10. Boleh masukkan pelbagai unsur seperti video, gambar tanpa had dan batas, warna, style dan apa saja kehendak kita.
  11. Boleh mengelakkan kes pecah amanah oleh staf.
  12. Sukar berlaku tempahan yang terlepas pandang.
  13. Dapat urus order dengan lebih cekap dan cepat.
  14. dan banyak lagi……………..

Pendek kata, ia amat memudahkan kerja usahawan.

TAPI….

!! Mengapa pelanggan tidak mahu membeli melalui website? !!

Antara sebabnya,

  • Tidak percaya terutama pada pembelian kali pertama. Belum kenal pemilik perniagaan.
  • Mahu “berbual-bual” / bersoal-jawab terlebih dahulu.
  • Sama sahaja kalau beli melalui cara lain. Akan dapat barang / offer yang sama sahaja.
  • Website tidak mesra mobile.
  • Kaedah pembelian yang terlalu sukar dan menyulitkan.
  • Loading website amat perlahan.

Setelah kita tahu antara sebab-sebabnya, kita boleh fikirkan strategi untuk mengatasi sebab tersebut sehingga pelanggan akan membeli terus melalui website.

Sebelum itu, saya ingin nyatakan. Untuk menghasilkan sebuah website yang mampu menjual, ia memerlukan sedikit masa, usaha, sabar dan kerajinan.

Comments 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *