Mengapa Anda Perlu Membina Database Pelanggan?

MENGAPA ANDA PERLU MEMBINA DATABASE PELANGGAN?

Pusing-pusing apa jua teknik, mana-mana sifu akan tetap cakap, “binalah database”.

Mengapa database yang diurus dengan baik sangat penting?

  • Ia boleh menjadi harapan pertama dan terakhir apabila bisnes dalam situasi genting.
  • Database boleh memberikan ‘income segera’ tanpa perlu keluarkan kos iklan.
  • Boleh hubungi mereka dengan lebih mudah dan segera.
  • Tidak pening kepala lagi untuk menjual (bagi kes tertentu) kerana boleh menjual kepada database yang sudah mengenali kita. Tidak pening lagi dengan kaedah berbayar.
  • Bisnes jatuh? Tidak perlu risau selagi ada database.
  • Kerja follow up lebih mudah.
  • Kita boleh tahu tahap pencapaian perniagaan dengan melihat jumlah prospek dan pembeli.
  • Kita boleh tahu siapa sebenarnya pelanggan kita dari segi umur dan lokasi mereka.

Sebelum itu, apakah database?

Dalam bahasa Melayu bolehlah ia dipanggil sebagai pangkalan data (agak skema sedikit panggilan ini kecuali kepada orang-orang IT / programming). Untuk bahasa yang mudah, ia sebenarnya adalah data-data prospek dan pelanggan sedia ada. Orang kita lebih suka sebut data sebagai maklumat, walaupun data dan maklumat ada perbezaan definisi. Tapi tidak perlu pening / berbalah mengenai itu. Yang lebih penting kita tahu tujuan kita melakukannya.

Data-data pelanggan itu disimpan melalui cara-cara tertentu. Contoh data pelanggan adalah seperti nama, no telefon, emel dan alamat surat-menyurat mereka. Boleh ambil data pelanggan dengan lebih detail lagi seperti no kad pengenalan mereka, jawatan/kerjaya, gaji semasa dan banyak lagi.

Data-data yang dikumpul itu apabila dianalisa, ia boleh menghasilkan banyak maklumat yang amat berguna kepada sesebuah perniagaan seperti untuk membuat sesuatu keputusan. Contoh maklumat berharga:

  • Apakah ‘range’ umur pelanggan yang paling tinggi?
  • Pelanggan dari bandar manakah yang paling ramai?
  • Berapakah purata perbelanjaan seorang pelanggan dalam 6 bulan / setahun?
  • Produk manakah yang paling banyak dibeli dari pelanggan-pelanggan ini?
  • Berapa peratus pelanggan yang tinggal di bandar X?
  • dan banyak lagi soalan-soalan yang akan terjawab apabila kita mempunyai database!

Soalnya… Bagaimana cara membina database?

Banyak cara dan boleh ikut kreativiti masing-masing asalkan database itu berada dengan SELAMAT dan tidak mudah hilang. Pendek kata, simpan ia baik-baik walau dengan apa jua cara pun. Database adalah salah satu aset berharga perniagaan.

Antara cara kebanyakan peniaga online buat untuk mengumpul / membina database:

+ Microsoft Excel / Google Spreadsheet
+ Sistem SMS blast
+ Sistem Email Autoresponder
+ Smartphone Apps
+ Email
+ Notepad
+ Microsoft Word
+ Tulis dalam buku khas
+ Cloud System (berbayar / percuma)
+ Ecommerce System
+ Sistem Tempahan / Jualan (Cloud)
+ Sistem yang dibina sendiri (upah programmer)

Seboleh mungkin, elakkan menyimpan maklumat pelanggan pada tempat yang berisiko. Mewujudkan FB Group contohnya tidak boleh dianggap sebagai database. Ia belum boleh dipanggil sebagai database kerana belum disusun dengan lebih terurus. Jangan gunakan FB tempat menyimpan database. Ia amat berisiko.

Cara yang terbaik adalah kita mempunyai sistem kita sendiri sama ada menggunakan banyak perisian online / cloud yang ada di pasaran (beli dan pasang, atau subscribe bayaran bulanan).

Dan untuk lebih selamat, elakkan menyimpan database hanya pada satu tempat sahaja. Perlu ada ‘backup’ dan simpan di satu tempat yang lain juga.

Contoh:

1. Simpan di sistem cloud (online). – Tempat simpanan utama
2. Simpan dalam komputer/laptop (gunakan fungsi export dalam sistem).
3. Backup di mana-mana server seperti dropbox, google drive dan lain-lain.

Apabila membina database, kita tidak boleh menjadikan mereka sebagai “alat” atau sekadar untuk kepentingan kita sahaja. Perlu ada “give and take”.

Maka jagalah mereka dengan memberikan yang terbaik. Bina relationship dan engagement, dan layan mereka sebagai manusia. Jadikan mereka pelanggan yang pandai, dan elakkan mereka rasa diperbodohkan.

Nak dijadikan cerita, kebanyakan peniaga online dulu (sekitar 2005 – 2011) terutama yang memfokus ‘niche’ Internet Marketing memang jadi rutin dan kewajipan membina database dan ia dilakukan menggunakan sistem.
Dalam bahasa orang putih dipanggil “list building”.

Kemudian saya lihat ‘pattern’ (amalan) itu menurun kerana lebih ramai peniaga lebih fokus kepada iklan dan sales (jualan). Saya ada tulis panjang lebar tempoh hari, FB Ads sahaja tidak cukup walaupun sudah memadai. Ilmu Internet Marketing secara holistik juga amat penting walaupun sekadar ‘surface’. Jika tidak tahu, boleh lantik seorang staf yang arif mengenai Internet Marketing. Selesai ‘kepeningan’.

Itu saja perkongsian ringkas saya. Tidak dinafikan, teori ini harus disusuli dengan praktikal. Jika ada masa, saya lakukan lagi perkongsian berbentuk teknikal.

Sebelum tuan/puan menamatkan bacaan di sini, saya ada satu video yang telah saya kongsikan kepada lebih 300 orang. Ia adalah mengenai cara menggunakan database untuk menggandakan pendapatan perniagaan. Video ini berdurasi 30 minit.

Namun video ini hanya untuk mereka yang menyertai FB Group saya sahaja. Jika berminat, sertai FB Group ini:

Klik untuk join >> +MZULFADLI.COM

Sertai group itu untuk mendapatkan lebih banyak panduan mengenai cara pengurusan maklumat pelanggan.

Terima kasih kerana membaca. Sudi kiranya kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan kongsi, team dan staf perniagaan tuan/puan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *