Mengapa Orang Tidak Beli Produk Kita di Website?

Saya akan terus menjawab soalan ini.

Pertama sekali, jangan mula buat website jualan jika anda belum lakukan perkara penting berikut.

Sebenarnya, sebelum kita bawa prospek / bakal pembeli ke website dan sebelum mula membina website, ada tugas yang penting perlu kita lakukan, iaitu mengenal pelanggan kita. Mengenal ini bukan sekadar umur, lokasi dan jantina, tetapi sebanyak mungkin maklumat berkaitan. Salah satu punca orang tidak membeli adalah kerana kita iklankan kepada orang yang salah!

Untuk memudahkan, saya senaraikan soalan-soalan yang boleh kita jawab untuk mengenal sasaran pelanggan kita.

  1. Siapakah pelanggan kita? Umur, lokasi dan jantina mereka?
  2. Apakah masalah mereka? Apakah yang mereka mahukan? Apakah yang mereka perlukan?
  3. Apakah ketakutan mereka jika masalah mereka tidak selesai?
  4. Apakah manfaat-manfaat yang akan mereka perolehi jika beli (guna) produk kita? Adakah produk kita dapat bantu selesaikan masalah mereka?
  5. Mengapa mereka takut untuk membeli dengan kita?
  6. Mengapa mereka takut untuk membeli di website? Bagaimana menghilangkan ketakutan itu? Adakah cara kaedah pembayaran / cara pesanan produk sesuai dengan mereka?
  7. Apakah tawaran kepada mereka?
  8. Apakah jaminan kita kepada mereka?
  9. Berapakah harga jualan yang sesuai untuk pelanggan sasaran ini?
  10. Bagaimana kita boleh dapatkan mereka? FB Ads? Instagram? FB Group? Forum online? SEO? Adwords?

Setelah kita menjawab soalan-soalan di atas, barulah kita dapat:

  • Buat iklan (copywriting) yang tepat kepada pelanggan sasaran. Orang yang nampak dan klik iklan adalah orang yang betul / sesuai untuk produk yang dijual.
  • Buat copywriting untuk web dengan tepat untuk pelanggan sasaran tadi.
  • Berikan penyelesaian dan tawaran yang tepat untuk mereka.

Jadi, untuk meninggikan potensi produk kita dibeli di website adalah dengan membawa masuk orang yang betul.

Saya sering memegang prinsip berikut┬ádalam pemasaran, “Orang yang betul, produk yang betul, mesej yang betul dan masa yang betul.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *