Misteri Facebook Ads TERBONGKAR

MISTERI FACEBOOK ADS TERBONGKAR?

Semakin saya baca, belajar dan faham Facebook Ads, saya dapat buat satu kesimpulan. Facebook Ads adalah satu alat teknikal yang boleh dipelajari oleh sesiapa pun.

Persoalan: Mengapa ilmu yang sama memberikan hasil berbeza bagi setiap orang?

belajar facebook ads

Jawapan:

Facebook Ads sebenarnya bergantung kepada bagaimana kita ‘memanipulasi’nya. Bermaksud, kreativiti, taktikal dan strategi. Dalam bahasa sedikit kasar (maafkan saya), “kena guna otak lebih daripada biasa”.

Ia sama seperti kita belajar perisian Adobe Photoshop iaitu perisian grafik. Kita tahu menu-menu di dalamnya dan tahu di mana mahu klik dan apa yang perlu diklik. Tapi mengapa hasil design kita begitu buruk berbanding orang lain? Sebab kreativiti dan kita mungkin guna kurang daripada 1% kekuatan fikiran dan imaginasi kita. Begitu jugalah FB Ads.

Tidak semua orang boleh berfikir dan mampu ‘memanipulasi’ FB Ads dengan strategi, taktik dan kaedah tersendiri. Dan tidak semua orang ada masa untuk melakukannya. Itu belum lagi kita cerita kreativiti dalam menghasilkan copywriting iklan.

Maka di sinilah peranan mentor, trainer, cikgu dan apa jua panggilan untuk kita belajar dengan mereka. Mereka sudah melalui perit getir sehingga menemui formula mereka tersendiri.

JADI APA SARANAN SAYA?

1. Cari mereka yang boleh ajar FB Ads terutama mereka yang ada ‘formula’ / method tersendiri yang mereka BETUL-BETUL amalkan dan mereka gunakan untuk bisnes. Cari yang serasi dan sesuai. Percayalah, tidak semua kaedah sesuai dengan kita. Di sini pentingnya ada kepercayaan terhadap teknik yang diguna dan TIDAK TAMAK untuk belajar kaedah lain sebelum betul-betul praktikkan apa yang sedang/telah dipelajari.

Jangan kata dunia Internet Marketing, Facebook Ads sendiri pun begitu banyak mazhab dan kaedah. Semuanya betul dan tiada yang salah (kecuali yang langgar agama dan undang-undang).

Saya ada dapat tahu, ada satu ‘mazhab’ hanya gunakan Boost Post asas sahaja (tidak menggunakan Ads Manager) dan memberikan hasil yang huru hara. Ia nampak mudah dan mungkin diperlekehkan, tapi pasti cikgu itu ada rahsianya. Jadi kena pergi cari dan belajar dengan dia. Itu hanya satu contoh.

*Boleh belajar dengan sesiapa saja. Kadang-kadang kawan kita sendiri pun ada kaedah yang menjadi.

2. Fokus kepada satu ‘mazhab’ / kaedah. Follow ‘cikgu’ itu rapat-rapat. Sokong dan support mereka. Nanti mereka bagi lagi dan lagi. Kalau kita tidak support, mereka pun tak ada mood mahu berkongsi.

3. Buat sampai jadi dan meletop. Buat betul-betul. Tidak faham tanya mereka. Cuba, uji dan kena ada modal iklan (duit) yang sedia untuk dikorbankan dalam awal-awal percubaan.

4. Bayar mereka. Itupun jika mereka tetapkan bayaran. Tidak perlu persoal kalau mereka kenakan caj. Sama sekali jangan persoalkan. Terserah kepada mereka, caj itu sebab mahu cover kos ataupun sebab mereka mahu makan minum. Jangan persoalkan. Kita bayar, belajar, tanya dan buat sampai super-jadi. Kalau dari awal sudah buruk sangka kepada ‘guru’, mungkin itu sebab ilmu tak menjadi.

*Zaman sekarang ni saya perhati sudah terbalik. ‘Guru’ yang susah payah kena jaga hati anak murid.

Begitu juga kalau ada yang beri / kongsi ilmu secara percuma. Manfaatkan ia sebaik mungkin dan jangan minta lebih-lebih pula melainkan mereka izinkan. Kedua, bertanya macam-macam boleh, tetapi kenalah bayar dengan KOMITMEN dan TINDAKAN. Jangan susahkan dan ambil masa orang lain jika SEKADAR MAHU BERTANYA.

5. Konsisten. Lebih baik laburkan RM3.00 sehari selama 30 hari berbanding laburkan RM100 sehari dan kemudian hentikan iklan. Ini yang banyak berlaku. Iklan perlu konsisten dan perlu bersabar pada peringkat awal untuk mencari iklan yang bagus prestasinya.

6. Walaupun sehebat mana teknik dan kaedah yang digunakan, setiap orang perlu ‘test and re-test’ iklan-iklan yang dibuat sehingga mendapat iklan yang menjadi.

Sebenarnya… ‘Test and track’ adalah salah satu asas Internet Marketing (IM). Testing, split test, tracking, analytics, segmentation, CTR, conversion rate, PPC, CPM, market research, headline, offer, copywriting, pre-launch, traffic, follow up, upsell, database dan macam-macam ‘panggilan’……. semuanya asas-asas dalam IM. Asas-asas itu boleh digunakan untuk kebanyakan ‘alat pemasaran’.

Itu yang saya katakan, FB Ads bukan sebab FB Ads semata-mata, tapi ilmu lain perlu juga. FB Ads adalah alat dan ilmu asas tadi memantapkan lagi penggunaan FB Ads. Itu belum lagi cerita teori-teori pemasaran dan psikologi manusia yang banyak digunakan dalam pemasaran dan jualan. Itu semua akan memudahkan kita berfikir dan menganalisis.

Sebahagian besar ilmu berkaitan IM, kalau kita tahu kita boleh buat apa sahaja selain FB Ads. Kita boleh hidup. Kalau FB sudah tidak ada nanti pun kita tetap boleh hidup.

Jadi sebenarnya, salah satu sebab ‘kegagalan’ dalam FB Ads adalah TIADA KEFAHAMAN ASAS IM. IM adalah umpama KAPAL. FB Ads pula adalah salah satu SENJATA yang digunakan untuk berperang. Macam mana kita mahu pergi ke laut kalau kita tiada kapal untuk dinaiki?

KESIMPULAN

1. Semua orang boleh belajar teknikal Facebook Ads.

2. FB Ads memerlukan lebih kreativiti dan daya fikir yang tinggi agar terlahirnya kaedah, teknik, formula, teori, prinsip dan strategi.

3. Tidak semua orang mampu berfikir sebegitu, jadi cari orang yang sudah ada formula dan strategi.

4. Belajar dengan mereka betul-betul dan buat betul-betul sampai jadi betul-betul. Bukan sekejap buat sekejap tidak dan buat ala kadar.

5. Rahsia kejayaan pemasaran adalah buat dengan konsisten.

6. FB Ads adalah senjata. Ilmu Internet Marketing adalah kapal. Belajar juga ilmu-ilmu IM selain belajar FB Ads.

7. Disebabkan tiada ilmu asas IM, kebanyakan usahawan TIADA ‘SISTEM IM’ yang boleh menggerakkan bisnes mereka. Tertutup FB Ads, bisnes akan goyah. Dunia IM terlampau luas. Menyempitkan skop terlalu berisiko. Mula dengan satu kaedah terlebih dahulu boleh, tetapi tidak boleh terlampau selesa.

Saya bukan pakar FB Ads.
Saya juga tidak pandai FB Ads.
Dalam dunia FB Ads, saya hanya pelajar dan pengamal.
Saya juga pemerhati dan mencari kesimpulan.
Sampai satu tahap saya hanya upah orang melakukannya untuk saya. Mudah, senang cerita. Kepala pun tidak sakit. Kelak (dalam perancangan) akan bawa masuk staf.
FB Ads bukan kerja saya. Saya mahu fokus membangunkan syarikat. Biar setiap team (unit) ada leader yang pakar memimpin team masing-masing.

Itu saya. Tidak semua orang perlu begitu. Ada yang berniaga seorang diri, self employed. Jadi kena belajar dan buat sendiri. Saya sudah lalui dunia self employed dan saya tidak mahu lagi berada pada tahap itu. Sebab itu saya mahu wujudkan team khas Facebook Ads, Marketing dan Sales dalam syarikat yang sedang dibina.

Tulisan ini juga adalah satu cabaran untuk diri saya sendiri. Apa yang saya tulis di atas saya perlu melakukannya. Bukan sekadar menulis.

Saya mohon maaf jika tulisan di atas ada kekasaran, kesilapan mahupun tersilap kata.

Kalau tidak jelas boleh pm saya.

Terima kasih kerana membaca.

.
MOHD ZULFADLI
2001 – 2016 (IM)

Belajar betul-betul, buat betul-betul sampai jadi betul-betul.

—-

Saya tidak izinkan tulisan ini di-copy & paste. Gunakan fungsi SHARE FB. Kelebihan guna fungsi SHARE adalah saya boleh ubahsuai dan perbaiki mana-mana yang silap dalam post yang dihasilkan. Bayangkan jika ada kesilapan dalam tulisan yang telah di-copy & paste….. Maaf dan terima kasih kerana memahami.

Comments 2

  • semakin lama saya dalam fb ads memang dapat rasa improvement dari segi ilmu pemasaran, niche dan segmentation dalam fb ni.

    tidak dinafi zaman sekarang fb satu “lubuk” dan mungkin betul kata tuan, perkataan “lautan” lebih sesuai.

    tapi betapa gah sekali pun fb ads ia tetap satu alat sahaja, saya sangat setuju dengan kenyataan ni.

    nak memahami alat ini perlukan masa dan pelaburan wang. saya rasa dah 2 tahun saya berkecimpung dengan fb ads ni. memang dah banyak duit habis. tapi kalau kita belajar dari “kerugian” tu tak rugi pun.

    kepada pemain fb ads sekalian BUATLAH TEST… KEMUADIAN SPLIT TEST…KEMUDIAN TEST LAIN2 LAGI.

    lagi satu jangan sayang sangat iklan yang kita buat. sebagaimana fb ads begitu selective untuk approve iklan kita..begitu juga kita kena selective dengan iklan yang kita buat.. jika perlu delete.. delete je iklan yang telah dibuat dan buat iklan baru.

    p/s: ada fb ads dah tak de dah masalah trafik macam zaman dulu2. kira ok lah tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *