Strategi Tukar Pelanggan Whatsapp Membeli di Website

Perniagaan Menggunakan Website

Proses pembelian di website biasanya akan melalui proses mengisi borang. Bayaran masih dilakukan manual melalui online banking ataupun melalui payment gateway yang mana bayaran akan disahkan terus tanpa perlu penjual membuat semakan secara manual.

Kelebihan utama menjual melalui website adalah semua maklumat telah ada dalam website. Ia juga bagus untuk pembeli kerana urusan akan lebih telus, cepat dan tepat (terutama kiraan bayaran). Boleh baca artikel saya sebelum ini mengenai kelebihan berniaga menggunakan website.

Whatsapp Vs Website

Kepada tuan puan yang menggunakan kaedah manual dalam menerima pembelian daripada pelanggan.

Contohnya Whatsapp.

Soalan: Pelanggan saya lebih suka order guna Whatsapp. Macam mana nak tarik mereka beli melalui website?

Jawapan..

Proses untuk mengalihkan kaedah jual beli daripada kaedah Whatsapp kepada Web bukanlah satu perkara yang mudah. Lagi-lagi jika sendiri telah terbiasa dan kita juga telah membiasakan pelanggan-pelanggan kita. Jadi itu sedikit mencabar.

Cadangan saya, mula educate pelanggan. Jangan tunggu lama-lama.

Berikan info kepada mereka apakah kelebihan membeli melalui website. Sediakan panduan pembelian step by step.

Whatsapp > Educate > Beli di Web

Bagaimana Memotivasikan Pelanggan Membeli di Website?

Caranya adalah dengan mewujudkan perbezaan benefits jika membeli di web.

Contoh:

  • Dapat free gift. Jika beli melalui Whatsapp tak dapat free gift.
  • Ada produk HANYA DIJUAL di website sahaja.
  • Beli melalui website ada sistem kumpul point. Hanya pembelian melalui website. Point boleh tukar (tebus) kepada mana-mana produk.
  • Automatik akan menjadi ahli (member). Program membership hanya untuk pelanggan melalui website sahaja.

Maksudnya, wujudkan kelebihan-kelebihan yang TIADA jika pembelian dibuat melalui Whatsapp. Fitrah pelanggan biasanya mahu lebih dan tidak mahu rugi.

Sebenarnya, kita yang perlu biasakan diri terlebih dahulu membeli melalui website, dan betul-betul ada kemahuan untuk guna website dalam bisnes. Jika kita belum sepenuh hati, situasi tetap menjadi sukar.

Dulu sebelum wujud kaedah Whatsapp, jualan melalui website tidak menjadi satu masalah, bahkan ada orang yang buat jualan 6 – 7 angka melalui website. Tiada apa-apa rungutan daripada pembeli seperti beli melalui website susah dan sebagainya. Tetapi kita akui, aplikasi messaging telah merubah banyak perkara.

berniaga guna whatsapp

Kesimpulan, boleh gunakan Whatsapp sampailah apabila anda sudah bersedia untuk ‘transform’ kaedah jualan kepada Website sepenuhnya. Rancang strategi anda sendiri dan yang terbaik.

Apa pun, mulakan sedikit demi sedikit itu lebih baik daripada menunggu ‘satu hari nanti’ yang kita tidak pasti. Selain itu juga, jangan terus menukar kaedah jualan sepenuhnya secara mengejut dan tanpa ‘mendidik’ pelanggan dengan kaedah baru itu. Lakukan beransur-ansur.

ps. Saya juga masih menggunakan Whatsapp. Ia adalah teknologi terbaik untuk berkomunikasi dengan pelanggan. Cuma kita perlu pandai urus dan ada strategi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *