Susahkah Berniaga Online?

Senang.

Jadi mengapa ia menjadi sukar?

Kerana peniaga sendiri yang menyukarkannya dan tidak tahu apakah perkara utama yang perlu diutamakan dalam sehari-hari.

Secara ringkas, peniaga online hanya perlukan:

  • Produk untuk dijual (yang ada potensi).
  • Website jualan (pernyataan masalah, penyelesaian, tawaran dan cara pembelian/bayaran).
  • Cara menerima bayaran.
  • Trafik ke web jualan (trafik adalah bakal pembeli, prospek, leads dan apa jua panggilan)

Itu sahaja.

Kerja kita sehari-hari adalah:

  • Perbaiki dan improve kualiti website jualan agar semakin tinggi kuasa jualannya.
  • Dapatkan trafik yang tepat ke website jualan. Contoh: Guna FB Ads, SEO, Adwords, Email Marketing dan lain-lain.
  • Minta leads / prospek daftarkan / beri nama dan emel untuk kita simpan ke dalam database bagi tujuan follow up dan menjual dari semasa ke semasa.
  • Urus tempahan pelanggan.

Simple kan?

Jadi di manakah yang susahnya?

Ia bukan susah sebenarnya, tetapi:

  • Sejauh kita jelas apa yang kita perlu utamakan.
  • Fokus kita dalam sehari-hari.
  • Usaha pemasaran yang dilakukan (bawa bakal pembeli ke website).
  • Kita kumpul database prospek ataupun tidak?
  • Model bisnes yang kita lakukan. Contoh di atas: Model bisnes guna website sahaja. Tidak guna Whatsapp dan lain-lain cara. Kalau anda mahu guna Whatsapp, fokus pada cara itu.
  • Kekuatan website / salesletter / copywriting di web untuk convert trafik menjadi pembeli.

Kesimpulan: Fokus pada aktiviti utama dan sistem jualan (model bisnes) yang diamalkan.

Comments 2

  • Tapi ramai yang lebih suka guna FB Page dan Whatsapp untuk berniaga.

    • Saya setuju tuan. Itu adalah satu cara. Mana-mana cara pun boleh. Yang sesuai dan selesa dengan kita, paling mampu dilakukan. Menggunakan website pula adalah satu cara lain. Pilih cara yang kita mahu fokus. Isu utama adalah fokus. Guna cara yang paling sempoi tapi kalau fokus, ia lebih berbaloi daripada spend duit buat website tapi tidak fokus. Begitulah sebaliknya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *