‘SLOW’NYA WEBSITE MACAM SIPUT!

Jika anda sudah ada website dan ia amat ‘perlahan’ apabila dilayari, sudah pasti kadang-kadang kesabaran kita sudah sampai kemuncaknya. Apatah lagi pelanggan kita…

Apa pun, kasihan siput jadi mangsa. Bukan salah siput pun tapi namanya dipetik. 😉

Salah satu ‘sifat fitrah’ pelanggan adalah mereka tidak mahu menunggu lama dalam proses membeli. Contohnya dalam sebuah kedai, selepas barang diambil pelanggan terus ke kaunter dan tidak mahu beratur terlalu lama, ataupun tidak mahu berurusan dengan jurukaunter (cashier) yang terlalu perlahan melakukan kerjanya.

Begitu juga dengan website jualan. Web yang agak perlahan kadar ‘loading’nya akan menyebabkan pelanggan berpatah hati untuk meneruskan pembelian.

Cepat atau lambat ‘loading’ website bergantung kepada banyak faktor. Kita ketepikan faktor speed Internet / broadband kerana ia adalah faktor di luar kawalan.

Dua faktor utama laju atau tidak loading website adalah:

1. Website itu sendiri. Antara sebabnya adalah terlalu banyak gambar yang besar saiznya (tidak dikecilkan terlebih dahulu), maka ia akan lambat dipaparkan terutama kepada pelanggan yang menggunakan broadband yang perlahan.

2. Server/Hosting. Ini adalah faktor utama. Jika website sudah dioptimakan kelajuannya, namun jika server tidak berprestasi tinggi, ia akan sia-sia. Jadi apabila kita memilih server/hosting untuk kita meletak (host) website kita, pilihlah server yang bagus dan diakui ramai. Buat survey terlebih dahulu (saya akan tulis post lain berkenaan ini).

MACAM MANA NAK TAHU ‘SPEED’ WEBSITE KITA?

Boleh guna online tools berikut. Antaranya:

+ https://developers.google.com/speed/pagespeed/insights/
+ http://www.webpagetest.org (pilih Test Location: Singapore)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *